Tuesday, December 8, 2009

sunat



Aku berterima kasih kepada ustaz-ustaz yang telah mendidik aku semasa aku bersekolah agama dulu.apa yang ingin ku komen di sini bukan bermakna aku menyalahkan ustaz-ustaz yang terlalu byk jasanya padaku.Aku diajar tentang makna-makna wajib,sunat dan harus.Ustaz mengajar aku wajib maknanya dibuat dapat pahala dan ditinggalkan dapat dosa.Sunat pula maknanya dibuat dapat pahala dan ditinggalkan tak ada apa-apa.Maka berpegang kepada frasa tak ada apa-apa maka hingga sekarang aku berasa mcm tak penting sangat nak melakukan perkara-perkara sunat.Nak solat sunat pun mcm malas pasal tak ada apa-apa.Semuanya tak ada apa-apa.Tapi aku tahu sekiranya dibuat aku dapat pahala.



Sekali lagi aku tegaskan bukan maksudku menyalahkan ustaz yang telah mendidik aku selama ini.Cuma aku rasa masalahnya adalah penggunaan bahasa yang agak lemah.Bukan salah ustaz,memang bahasanya begitu.Nak jadikan cerita aku jumpa seorang rakan dari Indonesia.Semasa berbual tu aku bertanya padanya makna sunat.Apa yang menariknya ustaz di sana mengajar makna sunat adalah dibuat dapat pahala mana kala ditinggalkan RUGILAH KITA.Aku terdiam sejenak memikirkan betapa beratnya makna rugilah kita.Maka selama ini kalau kita tak buat perkara sunat rugilah kita.Insyaallah aku akan lebih bersemangat melakukan perkara-perkara sunat.

1 comment: