
Hari ini Jumaat 11.12.2009.Aku terpanggil utk menulis buat tatapan pembaca budiman.Seperti biasa aku ke masjid untuk solat Jumaat.Aku sampai ketika bilal melaungkan azan.Aku terus menunaikan solat sunat Jumaat.Aku mengambil tempat di saf tengah kerana dah ramai jemaah di saf depan.Aku duduk diam apabila imam sudah mula membaca khutbah kerana aku perlu memberi tumpuan dan perhatian kepada Pak Imam yg berkhutbah.Jemaah juga diingatkan oleh Pak Bilal supaya diam dan dengarlah ketika imam membaca khutbah kerana barang siapa berkata-kata ketika imam membaca khutbah dengan berkata "diam" sekalipun nescaya luputlah pahala solat Jumaatnya.
Ketika tekun mendengar apa yg Pak Imam khutbahkan aku terpandang seorang lelaki berjubah masuk ke dalam dan terus ke saf depan dengan melangkau beberapa jemaah lain.Memang betul kita perlu penuhkan saf depan,aku pun tak le nak pertikai dia nak ke saf depan.Berbalik cerita org berjubah tadi, setelah sampai di saf depan,saf kedua , dia terus solat sunat Jumaat.Aku sempat melihat Pak Imam menjeling jemaah tu.Aku terfikir mungkin Pak Imam kecik hati."Aku tengah bercakap, kau sibuk solat le pulak"Situasi ini sinonim dengan waktu aku mengajar di kelas, kalau aku tgh mengajar, ada pelajar yg melakukan kerja lain dan tak ambil perhatian dan tumpuan mau kena penangan pelajar tu.Agaknya kalau le aku jadi imam , ada jemaah yg tak dgr khutbah yg aku smpaikan,waima dia melakukan solat sunat, mahu je aku baling dengan "tongkat" imam tu.
Pembaca budiman, aku rasa kita kena faham, dalam Islam yang mana utama mesti didahulukan.Mendengar khutbah adalah wajib.Khutbah adalah bagi menggantikan dua rakaat solat Zohor.Pak bilal dah ingatkan.Dengar dan diam ketika imam berkhutbah."Diam" tu bukan bermakna diam secara lisan je.Diam drp melakukan kerja-kerja lain termasuk solat sunat.Bukan maknanya aku memperlekeh solat sunat.Tapi kita kena tahu yang wajib mestilah didulukan.Jgn sampai pahala Jumaat kita luput dek perbuatan solat sunat.Kalau nak solat sunat datangle awal.Wallahualam.



