SPM sedang berlangsung.Aku tetap dengan tugasku sebagai pengawas peperiksaan.Aku kira sudah lebih sepuluh kali kupikul tanggung jawab ini dengan penuh kesabaran.Pada ketika rakan-rakan lain bercuti ,aku terpaksa berkorban demi tugas yang telah diamanahkan kepadaku.Tapi bukan soal itu yang ingin kuutarakan.
Wahai pembaca budiman , aku suka berkongsi pengalaman tentang sikap calon-calon SPM khususnya calon daripada kalangan bangsaku.Peraturan peperiksaan membolehkan calon meninggalkan dewan setelah 30 minit berlalu.Walau pun masa yang diperuntukkan masih panjang namun calon-calon begitu bersemangat meninggalkan dewan lebih awal.Perasaan bangga dapat keluar awal dan seolah-olah mencabar rakan-rakan lain membuatkan aku berasa meluat.Bukan sebab apa.Kalaupun dah siap, janganlah timbul rasa sombong.Masa yang diperuntukkan tu perlu digunakan untuk menyemak jawapan.Jangan sombong ...Allah tidak suka dengan sikap sombong.Cuba sedaya upaya kerana ada masanya minda kita akan terbuka untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin pada awal kita tidak dapat menjawabnya.Gunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya.InsyaAllah kita akan berjaya.