Monday, December 7, 2009

"Merdeka"


Tanggal 8 Disember 2009 merupakan tarikh keramat bagi setiap pelajar aliran sains yang menduduki spm.Hari ini pelajar akan menduduki kertas akhir iaitu kimia.Kita akan saksikan bagaimana kegembiraan pelajar-pelajar menyambut kemerdekaan daripada belenggu peperiksaan.Merdeka!Merdeka!Merdeka!.Yang menariknya di sini pelajar yang memang dah dari awal merdeka pun turut menjerit merdeka.Kalau dah keluar awal waktu peperiksaan nak merdeka apa lagi.Hari ni saja yang keluar awal selepas 30 minit pun ramai.Tapi untuk menyambut kemerdekaan , mereka sanggup menunggu rakan-rakan yang masih tekun menjawab sampai masa tamat dan sama-sama menumpang meraikan kemerdekaan.

Memang kita dapat rasakan betapa seronoknya apabila terlepas daripada rantai spm.Tapi keseronokan lebih kita rasakan sekiranya kita benar-benar bersedia menghadapi spm.Setelah bertungkus lumus menelaah pelajaran dan kemudian menghadapi spm dan mampu menjawab dengan baik barulah istilah merdeka itu tepat.Tapi kalau tidak ada persiapan menghadapi spm.Belum tamat masa dah keluar,hantar kertas kosong.conteng kertas jawapan nak merdeka apa.Meluat aku tengok.Macam lega benar dah habis spm.walhal dah lama mereka merdeka.


Wahai pelajar-pelajar yang kukasihi.Kasihanilah ibu bapa kamu.Mereka mengharap kejayaan kamu.Mereka telah berkorban untuk kamu.Ada yang sanggup berkurung di dalam rumah untuk bersama-sama kamu menelaah pelajaran.Ada yang berpuasa sepanjang kamu menghadapi peperiksaan .Tidak putus-putus doa untuk kejayaan kamu.Apapun teruslah berdoa sehingga keputusan diumumkan kerana ketika itulah kita tahu hasil kemerdekaan kita,

No comments:

Post a Comment